http://tmp.blogdrive.com/layout19/images/clear.gif
http://tmp.blogdrive.com/layout19/images/clear.gif
About Tha-B



THA-B
The Super Sunday Crew (TSS)


PICTURES
VIDEOS










rss feed



Thursday, August 12, 2010
Kembalinya Ramadhan

The Kioue x Tha-B /// Comeback
The Kioue x Tha-B

Bulan yang diberkati dari seribu bulan.
Ambillah kita akan manfaatnya. Banyak kan amal dibulan yang Allah kurniakan untuk umat Muhammad.
Jazakallah

Posted at 12:44 pm by tha-b
Make a comment  

Thursday, April 01, 2010
Di Jalan Allah SWT


Sepagi atau sepetang dijalan Allah SWT adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
Debu-debu yang melekat dibadan seseorang yang keluar dijalan Allah SWT diharamkan oleh api neraka hatta dengan asapnya sekalipun.

Ada terlihat video di YouTube berkenaan Freemasion / Illuminati atau ahli-ahli Dajjal. Pembuat video dan penonton video-video tersebut begitu kacau bilau dan dalam keadaan ketakutan.

Ini ada satu pembetulan. Pekara yang kita patut takuti adalah Allah SWT. Selain dari Allah SWT adalah makhluk. Makhluk tiada kuasa untuk buat apa-apa kerana makhluk pun minta izin daripada Allah SWT.

Musuh kita yang sebenar adalah syaitan yang dilakhnat. Kerana manusia dizaman ini adalah ummat Muhammad SAW. Sesungguhnya, ummat yang terakhir ini adalah ummat yang terbaik. Ummat ini perlu diusahakan untuk mendapat akhirat yang kekal abadi.

Bagaimana caranya? Pada 11-14 Jun ini ada jhor di masjid Seri Petaling. Tuan-tuan dijemput hadir dimasjid tersebut. Kita niat untuk perbaiki diri kita hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Tuan-tuan boleh membawa lapik tidur, baju kain, makanan minuman untuk iqtikaf di masjid. Kalau takdapat sempurna 4 hari, 3 hari atau 2 hari atau 1 hari atau setengah hari pun Alhamdulillah.

Posted at 12:41 pm by tha-b
Make a comment  

Sunday, March 07, 2010
Mengubah Dunia

  1. Mungkin anda ada bercita-cita mengubah dunia yang sedang rosak kepada dunia yang lebih elok mengikut fikiran anda.

  2. Anda memikirkan dunia ini lebih elok jika diubah menjadi dunia yang lebih baik dengan cara Pengubahan Dunia Baru. Oleh itu anda boleh singkirkan manusia yang hina dan tidak mempunyai taraf hidup seperti anda.
    Lihat video

  3. Atau anda merasakan dunia ini semakin tenat dek kerana kemusnahan tangan manusia sendiri. Oleh itu anda mengumpulkan seberapa ramai orang untuk menyekat kemusnahan ini.
    Lihat video

  4. Tetapi hakikatnya, pengubahan daripada keburukan kepada kebaikan hanya dalam agama. Manusia sibuk memikirkan pekara-pekara yang remeh-temeh, hal-hal berkenaan ciptaan tuhan. Tanpa memikirkan si Pencipta itu sendiri.

  5. Pertama yang perlu diubah adalah diri kita sendiri. Bagaimana diri kita melakukan pekara yang diperintahkan oleh tuhan dan meninggalkan larangannya, dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

  6. Manusia bukan dapat dibentuk dengan cara kekerasan, kekuatan, kehebatan. Tetapi hanya dengan berjumpa orang bercakap tentang kebesaran, kehebatan Allah SWT dan berdoa bersungguh-sungguh sambil mengalirkan air mata dimalam hari. Ianya bukan mengikut logik akal. Ianya hanya dengan keRahiman Allah SWT.

Posted at 10:42 am by tha-b
Comment (1)  

Thursday, February 18, 2010
RASH ELEV in 40K Graff Zine

RASH ELEV, Along aku ditemuramahmesra oleh 40K Graff Zine.
Sila ikuti perbualan beliau:.

1. Hello bro, apa yang anda tulis di dalam graffiti?
Hello, nama yang selalu dilakar ialah RASH, namun saya juga melakar beberapa nama lain antaranya RASHE, ELEV, RASHELEV dan terbaru PRAPS.

2. Sejak bila dan dimana kah anda bermula ?
Jika secara rasminya boleh dikatakan sejak 2003 semasa Meeting of Style di Sg. Kelang, Kuala Lumpur

3. Siapa/apa yang mempengaruhi dalam penulisan graffiti?
Pengaruh terbesar saya adalah Tha-B, dia juga merupakan adik kandung yang merupakan sama aliran minat dalam bidang lakaran melukis semasa kamisekolah rendah. Dimana semasa kecil kami merupakan peminat komik dan Majalah Humor di Malaysia, kami sanggup menghabiskan masa dari membaca hingga melukis watak-watak kartun atau karikatur yang sedang popular dizaman awal 80-an.

4. Pendapat dan pandangan anda tentang aktiviti graff di Malaysia?
Aktiviti graff di Malaysia telah lama wujud secara rahsia atau tersembunyi di era 80an, namun sejak ledakan internet dan penglibatan media aktiviti,ia mula naik sedikit demi sedikit sehingga menjadi pengaruh terbesar terutama dalam perkembangan fesyen dan kehidupan masa kini.

5.Apakah yang anda jangkakan tentang diri anda dan graff scene MY pada tahun ini?
Harapan terbesar yang boleh saya harapkan adalah berkaitan kepada seni Abjad yang mana ia merupakan tulang belakang dalam penglibatan utama saya kepada graff seperti salah satu dari alias saya iaitu ELEV. Singkatan kepada Evolve Letter Enhance Vandal yang menitik beratkan perubahan secara berperingkatan pada seni Abjad disamping menjadikan kegiatan salahlaku awam ke arah yang lebih berunsur positif dan bermanafaat pada diri, kumpulan dan persekitaran secara umumnya

6.  Nilai crew/family kepada anda ?
Kepentingan Krew amat-amat memberi kesan mendalam terutama dalam perilaku,cara berkomunikasi, pembentukan jatidiri dalam segala bidang. Ia juga melatih dalam sikap saling mempercayai, memberi idea, mematuhi arahan yang dipesetujui bersama dan melaksanakan tugasan yang ada.

7. Apakah rutin graffiti harian anda ?
Sketch merupakan rutin harian. Ia juga dianggap budaya, jika ia diamalkan secara berterusan dan penuh berdedikasi

8. Apakah pandangan anda tentang kedudukan media di dalam scene graffiti kita ?
Peranan media amat berhubung kait dengan peningkatan dan kejatuhan sesebuah pergerakan. Jika ia diberi penerangan secara jujur dan jelas saya tidak nampak keburukan media pada aktiviti Graff terutama di Malaysia

9. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengembangkan persaingan graffiti letter di MY?
Dalam mengembangkan persaingan Abjad adalah pemain itu sendiri. Jika nilai Integriti diri dipupuk selaraskan dengan persaingan, saya percaya ia menjadi tonggak pada keyakinan perkembangan sihat dan wujud rasa hormat terutama pada pemain-pemain yang terlibat dalam persaingan tersebut.

10.Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia, apakah pandangan anda ttg ‘graffiti lucah’ di kuala lumpur?
Fokus terutama adalah pemahaman. Jika media ingin membongkar apa jua berita yang dilihat secara luaran (pandangan mata) ia harus disertai dengan pemahaman orang yang terlibat. Dalam kes ini ia berkaitan penulis/pengkarya yang dimaksudkan, jangan hanya kerana sebilang kecil yang membuat onar, mereka menghukum semua yang terlibat pada perkara yang sama. Ia seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disamping itu cubalah tanamkan sifat ingin membantu bukan ingin menyalahkan orang kerana sikap ini akan membantu proses kearah kebaikan malah menjadi kepada keburukan. Dan ia sama sekali tidak membantu mana-mana pihak samaada secara jangka pendek ataupun masa panjang. Diruang ini saya ingin mencadangkan agar pihak media sama-sama dengan pihak berwajib dan para pengkarya menjadikan pergerakkan Graff disanjung tinggi bukan pada peringkat Malaysia tapi diperingkat global. Moga usaha ini dapat menjadikan Malaysia sebagai Negara yang mencapai tahap daya saing unggul dimata dunia.terima kasih atas peluang ini.

Posted at 01:23 pm by tha-b
Make a comment  

Friday, January 29, 2010
Old Speech by JFK

Something we have to listen about what could happen to our future.
Some had happened.

Zion have disable my videos stream after their visit to my blog.
You can check JFK video HERE.

Posted at 01:53 pm by tha-b
Make a comment  

Tuesday, January 19, 2010
Bomb It The Movie

The famous graffiti movie by Jon Reiss.

Posted at 09:46 am by tha-b
Comments (2)  

Monday, January 11, 2010
What About Us?

This is real song by Micheal Jackson.<p>

Zion has disable my videos stream after their visit to my website.<br>

Check the song 

http://www.youtube.com/watch?v=tLgK7xV5QP0

http://www.youtube.com/watch?v=JekChczXEgw&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=62nFP5cbet4

Bonus song from Mikaeel Jackson titled Give Thanks To Allah.
He converted to Islam for real.

Posted at 10:16 am by tha-b
Make a comment  

Wednesday, January 06, 2010
Gangster Hip Hop Artists Turn To Muslim

Napoleon from Tupac's Outlawz

Loon from Bad Boy Records

How it feels to become Muslim? Shukur Alhamdulillah. The truth path have given by Allah.

Posted at 07:09 pm by tha-b
Make a comment  

Thursday, December 31, 2009
Smoking Wonders

Rokok adalah keajaiban tumbuhan yang dicipta oleh bangsa Yahudi untuk menghapus manusia.
Contoh kesan-kesan adalah seperti dibawah:-

Posted at 02:25 pm by tha-b
Comments (3)  

Tuesday, December 29, 2009
Mudharat dan Manfa'at

If you don't understand Malay, you can translate to your own language.

  1. La illa ha ill lallah, Muhammadur rasulullah. Tiada tuhan yang berhak di sembah selain dari Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
    Kebaikan, keburukan datang dari Allah. Kehinaan, kemuliaan datang dari Allah. Kekayaan, kemiskinan datang dari Allah. Meyakini segalanya dari Allah. Allah yang menciptakan segalanya. Allah mencipta langit dan bumi dan segala isinya. Allah mencipta cakerawala, planet-planet, bintang-bintang, matahari, bulan, bumi, gunung-ganang, sungai, lautan, tumbuhan, binatang, manusia dan jin. Bahawasanya, makhluk tiada kuasa. Yang berkuasa hanyalah Allah.

  2. Percakapan Iman dan Yakin kepada Allah lagi dan lagi akan menambah keimanan dalam diri kita. Menafikan kekuatan dan kekuasaan makhluk dan membenarkan kebesaran Allah adalah dituntut setiap hari. Jika hati yakin kepada Allah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Allah akan tundukkan segala makhluk kepada kita. Segala makhluk berkhidmat untuk kita. Kejayaan hanya dalam agama sebagaimana mentaati perintah Allah seperti apa yang ditunjukan oleh Rasulullah.

  3. Tanpa kita sedar dunia telah menguasai diri kita. Pekara batil (keduniaan)[+] telah banyak memasuki dalam diri kita. Kita mengabaikan pekara hak (akhirat)[-].
    Begitu juga dalam permakanan. Kita lebih gemar mengambil makanan yang berasid[+] dari yang berakali[-]. Jika asid didalam badan berlebihan akan mengakibatkan punca penyakit. Ini kerana makanan berasid seperti daging, ayam, makanan ringan dan sebagainya lebih sedap berbanding makanan berakali, seperti buah kurma, buah-buahan, sayuran, air mineral dan sebagainya.
    Didalam badan kita purata 20 peratus mengandungi asid. Jika kita menambah lebih banyak lagi akan mengakibatkan sakit kronik.
    Seperti itu juga jika kita mengambil secara berlebihan keduniaan seperti menonton wayang (yang mengandungi mesej tersembunyi. Sila lihat sini dan sini dan banyak lagi), televisen, bercakap pekara sia-sia dan sebagainya akan memudharatkan kita. Bukan hanya didunia bahkan memudharatkan diri kita di akhirat!.
  4. Ada satu kuasa syaitan diluar sana yang mempengaruhi diri kita tanpa kita sedari. Ianya menguasai segala perbuatan kita seperti penglihatan kita, percakapan kita, permakanan kita, udara yang kita sedut dan banyak lagi.
    Untuk menaturalkan kembali apa yang kuasa jahat kuasai diri kita, kita cakap lagi dan lagi kekuasaan Allah (seperti pekara 1 di atas). Cakap lagi dan lagi sehingga masuk dalam hati kita kebenaran hak. Dimasa yang sama akan menghapuskan kebatilan. Cara yang ditunjukan oleh Rasulullah masih boleh diguna sehingga ke hari kiamat. Tetapi kita harus ingat!. Seperti pekara 1 diatas, kebaikan dan keburukan datang dari Allah. Jangan kita mensyirikkan Allah dengan mengatakan keburukan datang dari mereka!. Mereka tidak boleh buat apa-apa tanpa izin Allah. Oleh itu kita harus perbetulkan Iman dan Yakin kita dengan banyak Istigfar dan menyebutkan pekara 1.
  5. Bagaimana cara kita untuk memulakan?
    Seperti makanan yang berakali, ianya membosankan dan tak sedap. Seperti itu juga Hak adalah membosankan jika diri kita penuh dengan kebatilan.
    Jika kita amalkan agama secara sempurna secara atomatik kita akan meninggalkan kebatilan. Caranya kita banyak menghabiskan masa di masjid. Biasanya selepas solat Maghrib akan diadakan majlis ilmu. Kita duduk seketika untuk menanti solat Isyak. Dari situ kita belajar-belajar mengenal pekara Hak.
    Disini adalah alamat masjid-masjid diseluruh dunia yang memperbaharui Iman dan Amal kita dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Dimasjid lain juga mempunyai majlis ilmu, tetapi dimasjid seperti alamat diatas lebih menekankan bagaimana untuk kita belajar dari langkah pertama.
  6. Semoga Allah memberi kita hidayah untuk mengamalkan agama dengan sempurna dan selamatkan kita dari azab dunia dan juga di akhirat..

Posted at 12:08 pm by tha-b
Comments (2)  

Next Page